Taklimat Kepada Pelatih Baharu Giat Mara Bersempena Minggu Orientasi Bagi Sesi Julai 2026
10 Julai 2026 | Aktiviti Terkini9 JULY 2026 (Ahad) - NADI Presint 18 telah dijemput untuk mengendalikan sesi taklimat bertajuk "Komuniti Pintar: AI di Hujung Jari" kepada para pelatih baharu GIATMARA sempena Minggu Orientasi bagi Sesi Julai 2026.
Taklimat yang disampaikan oleh tenaga pengajar NADI ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelatih mengenai perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) serta kepentingannya dalam dunia pembelajaran dan pekerjaan masa kini.
Sepanjang sesi berlangsung, para pelatih diperkenalkan dengan penggunaan ChatGPT sebagai salah satu aplikasi AI yang dapat membantu dalam pembelajaran, penyediaan tugasan, penulisan, pencarian idea serta meningkatkan produktiviti harian. Selain penerangan mengenai konsep AI, peserta turut diberikan demonstrasi secara langsung dan tugasan praktikal bagi membolehkan mereka mengaplikasikan penggunaan ChatGPT secara beretika dan berkesan.
Di samping itu, pihak NADI turut mengambil kesempatan memperkenalkan peranan serta perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada para pelatih. Antara pengisian yang diketengahkan ialah aktiviti saringan kesihatan asas yang disediakan kepada peserta serta penerangan mengenai pelbagai program pembangunan komuniti, kemahiran digital dan pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan di NADI.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para pelatih terhadap kepentingan literasi digital dan penggunaan AI secara bertanggungjawab, di samping menggalakkan mereka memanfaatkan kemudahan serta program yang disediakan oleh NADI bagi memperkasa kemahiran digital selaras dengan keperluan era teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: